Assalamualaikum...hari ni saya berkongsi beberapa petua dengan anda.....
Asam jawa kurangkan kepanasan
Apabila si kecil menglami panas badan, bancuh asam jawa dengan air.Kemudian sapukan air bancuhan ke seluruh badan. Insyaallah, panas badan akan hilang.Ulanginya beberapa kali.
Menghitamkan rambut perang
Bagi menghitamkan rambut yang keperangan, sapukan air kelapa muda pada rambut dan biarkan seketika. Selepas itu, bilas dengan air bersih.
Rawat kuning bayi
Jika bayi anda mengalami kekuningan selepas dilahirkan, ambil sebiji anggur hitam. Dapatkan airnya dan beri kepada bayi, Hasilnya pasti tidak mengecewakan.
Alis mata lebih lebat
Jika inginkan alis mata bayi menjadi lebat,ambil sehelai daun sirih. Sentuh alis dari hadapan hingga hujung alis dengan menggunakan bahagian yang berbatang. Amalkan setiap pagi selepas mandi.
Dipetik dari majalah mingguan

No comments:
Post a Comment