Sekarang ni detox atau nyahtoksin menjadi agar popular dengan pelbagai produk detox di pasaran. Namun tahukah bahawa kita boleh menjalani detox secara semulajadi dengan pengambilan produk Shaklee!
Detox dengan kata lain ialah
‘membersihkan dan menyucikan badan dari dalam’. Ia penting untuk penyerapan
nutrien/vitamin. Sekiranya organ yang terlibat dalam penyerapan vitamin seperti
usus mengalami masalah, kemungkinan besar vitamin tidak boleh diserap dengan
sempurna.
Dari manakah datangnya benda-benda
toksin ini? Dalam dunia moden hari ini, lebih 5 bilion lbs bahan kimia
dilepaskan ke dalam persekitaran, makanan yang kita makan, udara yang kita
bernafas dan hidup saban tahun. Tambahan pula banyak makanan mengandungi
pewarna, pengawet, sisa racun perosak, nitrat, minyak terhidrogen dan ejen-ejen
lain yang mempunyai karsinogen.
Selain masalah penyerapan vitamin,
pembentukan toksin dalam badan boleh membawa kepada masalah kesihatan yang
serius termasuk:
§ Sakit kepala
yang kerap
§ PMS
§ Sakit sendi
§ Keletihan
§ Kulit
melepuh
§ Pencernaan
bermasalah
§ Halitosis
(nafas berbau)
§ Jangkitan
yang berulang-ulang
§ Kekurangan
daya imun tubuh
Sekiranya anda ada mengalami perkara
di atas, mungkin pelukan DETOX!
Shaklee menawarkan produk detox
untuk membantu membersihkan badan anda daripada bahan kimia toksik, menjaga
kesihatan hati, membersihkan kolon, membina mikroflora usus anda dan banyak
lagi. Menarik kan?
Detox Hati/Liver Detox
Hati adalah
organ dalaman terbesar di dalam badan dan memainkan peranan penting dalam
mengekalkan metabolisme yang normal dan detoksifikasi badan secara semulajadi.
DTX Complex Shaklee menyediakan sokongan untuk fungsi hati yang sihat. Produk
ini mempunyai campuran proprietari yang terdiri daripada enam ramuan botani
dengan antioksidan dan sifat-sifat yang meningkatkan aliran cecair hempedu, yang bergabung untuk melindungi dan
merangsang keupayaan semula jadi badan bagi mengekalkan sel-sel hati yang sihat.
DTX Complex
Shaklee mengandungi
ekstrak semulajadi bahan di bawah:
§ milk thistle
seed
§ schizandra
chinensis seed (tanaman yang berasal dari China yang dah digunakan selama lebih
2000 tahun untuk meningkatkan jumlah enzim detoksifikasi di dalam hati)
§ cendawan
Reishi (dikenali kerana sifat antioksidannya)
§ dandelion
§ kunyit
§ artichoke
(untuk membantu mengekalkan aliran hempedu yang normal)
Pembersih Usus/Colon Detox
Badan yang sihat mengandungi
bertrilion mikroorganisma baik. Majoriti bakteria baik ni tinggal di dalam usus
dan dirujuk sebagai mikroflora. Sekurang-kurangnya 400 jenis
mikroorganisma yang dijumpai dalam saluran gastro-usus; dan berjumlah
kira-kira 3 lbs bakteria dalam usus kita sepanjang masa.
Tugas bakteria baik ini ialah untuk
mengawal penguasaan bakteria jahat. Bakteria baik haruslah berada dalam jumlah
optimum untuk mengawal bakteria jahat.
Punca Utama
Ketidakseimbangan Bakteria
§ penggunaan
antibiotik.
§ umur
§ pemakanan
yang tidak sihat
§ pengambilan
serat yang rendah
§ kontraseptif
oral
§ ubat-ubatan
seperti aspirin dan kortikosteroid
§ tekanan
§ pengambilan
gula yang tinggi
Dr Shaklee
telah memperkenalkan Herb-Lax pada tahun 1917. Ia direka untuk
tindakan pembersihan untuk membantu proses semula jadi badan. Herb-Lax adalah
gabungan 9 herba, termasuk daun Senna, yang telah digunakan untuk lebih
daripada 3,000 tahun sebagai julap semulajadi.
Herba yang digunakan dalam Herb-Lax
tidak berkaitan dengan julap kimia buatan yang dijual di mana2. Produk-produk
julap buatan ni biasanya merengsakan tisu dengan cara menarik bendalir ke dalam
usus untuk memaksanya mengeluarkan bahan-bahan dalam usus. Julap tiruan seperti
ini boleh melemahkan organ-organ dan boleh menyebabkan kebergantungan
terhadapnya, dehidrasi dan ketidakseimbangan elektrolit. Jadi, berhati-hati ya.
Sebaliknya,
Herb-Lax secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus.
Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang terperangkap dan memendekkan masa
transit, dan mengelakkan penyerapan toksin. Herb-Lax boleh membantu meningkatkan
pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas
perut dan usus, dan menormalkan fungsi usus.
Pencuci Darah
Seawal 3000
SM, orang-orang Babilon menggunakan manfaat bawang putih yang serba boleh. Ia
digunakan sebagai ubat untuk pelbagai tujuan, termasuk jangkitan saluran pernafasan, masalah kulit, jangkitan
parasit dan sebagai agen antibiotik dan anti-mikrob.
Kajian saintifik
menunjukkan bahawa bawang putih digunakan untuk menyucikan
darah dan meneutralkan hasil toksik logam berat dalam tubuh kita, terutamanya merkuri dan
kadmium. Penggunaan bawang putih juga berguna dalam rawatan hipoglisemia, gangguan usus dan pelbagai masalah kesihatan.
Walau bagaimanapun, tidak semua
makanan tambahan bawang putih sama.. Kebanyakan kaedah pemprosesan bawang putih
yang digunakan hari ini, termasuk serbuk bawang putih yang dihancurkan, kapsul
minyak bawang putih dan sebagainya, mengurangkan atau menghapuskan kandungan
allicin. Allicin adalah komponen utama aktif bawang putih dan diperlukan untuk
banyak manfaat bawang putih.
Garlic
Complex Shaklee diproses
secara semulajadi di bawah suhu yang rendah bagi mengekalkan SEMUA allicin.
Garlic Complex Shaklee juga telah
dirumus untuk kawalan bau. Bawang putih kan menyebabkan nafas berbau…tapi
tablet Garlic Shaklee tak dipecahkan sehingga ia sampai ke dalam usus kecil. Di
samping itu, ia mengandungi campuran pudina dan ekstrak rosemary bagi mengawal
bau dengan berkesan
Pencuci Keseluruhan Tubuh
Itulah dia
the amazing Alfalfa! Ya, alfalfa bukan untuk tambah susu saja ya. Alfalfa
adalah bahasa Arab untuk “Bapa Kepada Semua Makanan”. Akar herba yang
mengagumkan ini, tumbuh sangat dalam ke dalam tanah untuk menyerap nutrien
penting dan mineral yang terdapat jauh di dalam bumi. Alfalfa adalah dikenali
sebagai agen diuretik, pembersih badan dan
penyahtoksik. Ia merangsang aliran hempedu, dan membuang
unsur mineral bahaya dari
tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu
mengawal bau badan.
Selain
ciri-ciri sebagai pembersih badan dan penyahtoksik, alfalfa juga mempunyai
banyak faedah lain. Menurut seorang pakar nutrisi, alfalfa membantu dalam pencernaan,
anti-radang, anti-artritis dan anti-bakteria. Ia membantu
membantu dalam penyembuhan ulser, gout, sakit tumit, sakit perut,
alahan dan pembaikan cakera tulang belakang (disc). Ia juga
mengawal tahap gula dalam darah dan membantu menurunkan paras kolesterol.
Sangat hebat kan! Hanya alfalfa yang mempunyai kualiti terbaik digunakan dalam Alfalfa Shaklee. Ditanam di California
tanpa pestisid, hormon sintetik, bahan kimiaatau baja bukan organik,menjadikan
ia alfalfa berkualiti tinggi.
Selain itu, berpuasa adalah juga
satu cara terbaik untuk detox! Dr Shaklee tidak memakan makanan pepejal sehari
dalam seminggu untuk membantu menjaga sistem badannya.
J0m cuba Shaklee!
Pm/sms/call
017-550 5427
Seri Ina

No comments:
Post a Comment