TEKANAN DARAH TINGGI (HYPERTENSION)
Assalamualaikum....
Sejak akhir-akhir ni saya dapati semakin ramai golongan muda (sekitar lewat 20-an & awal 30-an) telah mempunyai masalah tekanan darah tinggi! Inilah sesuatu yg SANGAT SAYA TAKUTI sebenarnya di usia seawal 30-an ni...
Sejak akhir-akhir ni saya dapati semakin ramai golongan muda (sekitar lewat 20-an & awal 30-an) telah mempunyai masalah tekanan darah tinggi! Inilah sesuatu yg SANGAT SAYA TAKUTI sebenarnya di usia seawal 30-an ni...
Penyakit Darah
Tinggi atau “Hypertension” merupakan satu daripada penyakit yang
banyak dihadapi oleh bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi juga oleh ramai
manusia di seluruh dunia. Penyakit darah tinggi ini berlaku apabila tekanan di
dalam saluran darah arteri sentiasa pada kadar yang tinggi daripada kadar
biasa. Akibatnya, jantung pesakit itu terpaksa bekerja keras lebih daripada
biasa dan jika keadaan ini berlarutan untuk jangka masa yang panjang, pesakit
itu akan mengalami masalah-masalah kesihatan yang serius.

Terdapat dua jenis
bacaan tekanan darah iaitu systolik dan diastolik. Kadar biasa untuk systolik
(tekanan atas) adalah di antara 100 mmHg hingga 140 mmHg. Manakala, kadar biasa
untuk diastolik (tekanan bawah) pula adalah di antara 60 mmHg hingga 90 mmHg.
Jikalau kadar kedua-dua bacaan tersebut sentiasa di luar kadar biasa untuk
tempoh masa yang panjang, walaupun selepas berehat, maka seseorang itu di sahkan
menghidapi masalah penyakit darah tinggi.
Penyakit darah
tinggi terbahagi kepada dua iaitu darah
tinggi primer dan darah tinggi sekunder. Penyakit
darah tinggi primer merujuk kepada darah tinggi yang tidak mempunyai
punca-punca yang jelas dan darah tinggi primer dihidapi oleh hampir 95%
pesakit-pesakit darah tinggi di seluruh dunia. Manakala, penyakit darah tinggi
sekunder pula selalunya disebabkan oleh penyakit-penyakit lain yang menjejaskan
organ seperti buah pinggang, saluran darah atau jantung.
Mana-mana pesakit
darah tinggi yang tidak mengawal penyakit ini dengan baik, pesakit tersebut mempunyai risiko yang tinggi untuk diserang angin ahmar
(stroke), masalah saluran darah (aneurysm), serangan jantung (coronary heart
attack) dan turut boleh menyebabkan penyakit buah pinggang yang kronik.
Statistik kes-kes
penyakit darah tinggi di Malaysia
Menurut kajian oleh
Persatuan Hipertensi Malaysia, didapati bahawa hampir 4.8 juta rakyat Malaysia
menghidap penyakit darah tinggi dan sekurang-kurangnya 42% orang dewasa
Malaysia yang berusia lebih dari 30 tahun menghidap penyakit darah tinggi. Apa
yang lebih mengecewakan, tidak sampai 10% daripda jumlah pesakit darah tinggi
di Malaysia yang dapat mengawal tekanan darah mereka untuk berada di dalam
kadar yang dianggap sihat.
Punca-punca penyakit darah tinggi
Walaupun penyebab
sebenar penyakit darah tinggi masih belum dapat dikenalpasti, terdapat beberapa
factor yang telah dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Faktor-faktor ini
didapati telah meninggikan risiko untuk mendapat penyakit darah tinggi. Di
antara punca-punca utama yang dikenalpasti adalah faktor keturunan, usia yang
meningkat tua, pemakanan yang tidak seimbang, kurang bersenam, berat badan yang
berlebihan, pengambilan garam dan lemak atau minyak yang berlebihan di dalam
diet, stres yang tinggi dan penyakit-penyakit lain seperti hipertiroid, Sindrom
Cushing, masalah buah pinggang dan sebagainya.

Selain dari itu, sikap suka makan
berlebihan walaupun sudah kekenyangan turut boleh menyumbang kepada masalah
penyakit darah tinggi. Malah, di dalam Islam kita dilarang daripada makan
dengan cara berlebih-lebihan.
Firman Allah swt di dalam surah Al-A'raaf ayat 31:
“Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat beribadat (atau mengerjakan solat) dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau-lampau; sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melampaui batas.”
Tanda-tanda awal darah tinggi
Penyakit darah
tinggi selalunya tidak mempunyai sebarang tanda-tanda awal. Malah, seseorang
itu kebiasaannya didapati menghidapi penyakit darah tinggi selepas menjalani
pemeriksaan kesihatan untuk sakit-sakit lain. Namun, terdapat pesakit darah
tinggi yang mengadu mengalami pening-pening kepala, vertigo, telinga berdengung
atau berdesing, selalu pitam dan sebagainya.
Pencegahan penyakit darah tinggi
Pengurusan penyakit
darah tinggi oleh perubatan moden adalah lebih kepada kawalan kadar tekanan
darah tersebut dengan menggunakan ubat-ubatan hospital yang sedia ada dan
perubahan cara hidup. Namun bukan untuk diubati sepenuhnya. Namun, kami di
Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah yakin bahawa penyakit darah tinggi ini boleh
diubati dengan keizinan Allah swt.
Selain daripada
mengamalkan ayat-ayat Al-Quran yang tertentu, pesakit darah tinggi boleh
melakukan beberapa langkah yang dapat merawat dan mencegah penyakit darah
tinggi. Antara langkah-langkah tersebut adalah seperti dengan pengurangan berat
badan, bersenam dengan kerap, mengawasi pengambilan garam dan kolesterol dalam
diet, tidak merokok dan mengurangkan stres seharian.
Rawatan moden penyakit darah tinggi
Matlamat utama dalam
rawatan penyakit darah tinggi adalah untuk mengawal kadar tekanan darah supaya
tekanan darah tersebut senantiasa berada pada tahap normal atau biasa.
Kebiasaannya, langkah pertama rawatan yang disyorkan oleh doktor adalah perubahan
dalam cara hidup yang lebih aktif dan pengambilan makanan yang sihat dan
seimbang. Malah penurunan berat badan dan berhenti merokok turut didapati
sangat membantu untuk mengawal kadar tekanan darah tinggi buat ramai pesakit.
Jikalau penyakit darah tinggi tidak dapat dikawal dengan langkah-langkah awal
tersebut, pesakit turut diberi beberapa jenis ubat hospital yang berkesan untuk
ramai pesakit dalam mengawal kadar tekanan darah.
Namun, pengambilan
ubat yang mengandunbgi dadah secara berpanjangan akan mendatangkan kesan buruk
ke dalam darah & sistem badan itu sendiri. Lantas, ia boleh menyebabkan
pesakit mengalami kesan kesihatan yang teruk untuk jangka masa panjang.
Adakah Set Vitamin
semulajadi Shaklee (tanpa dadah) yang boleh membantu pesakit darah tinggi?
Tentu ADA! Atas
kesedaran tentang keburukan penggunaan dadah untuk jangka masa panjang, Shaklee
menawarkan kaedah untuk mengurangkan kesan dan boleh mencegah seseorang
daripada mempunyai masalah tekanan darah tinggi.
Set ini Mengandungi:
> Omega Guard - minyak ikan yang mengandungi asid
lemak 3 yang dipercayai mampu mengurangkan tekanan darah, membantu melancarkan
peredaran darah, mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem
saraf dan fungsi mata.
> Alfalfa Complex - untuk membuang toksin dalam badan serta
merendahkan tekanan darah
> Lecithin - membakar lemak dalam badan serta membakar lemak di sekeliling pembuluh darah agar darah beredar dengan lebih lancar & seterusnya menurunkan kadar tekanannya.

Berminat?
Jom
cuba Shaklee!
Pm/sms/call
017-550
5427
Seri
Ina
No comments:
Post a Comment