Apabila usia anda menginjak ke 40-an, adakah anda mengalami
tanda-tanda seperti di bawah??
- berat badan meningkat
- kulit kering
- muka sembap
- rambut rapuh dan gugur
- kerap letih
- mengantuk
- pergerakan dan tindak balas menjadi perlahan
Simptom-simptom ini sering dianggap sebagai perkara semula jadi
dalam proses penuaan, terutama bagi wanita yang memasuki era 40-an.
Boleh dikatakan hampir semua orang turut mengalami gejala sama,
tetapi pada tahap berbeza. Namun, hakikatnya ia bukan sebahagian daripada
proses semula jadi penuaan kerana ada orang masih mampu bergiat aktif, nampak
awet muda, cergas dan tajam fikirannya, walaupun usia melebihi separuh abad.
Ya..di Jepun, majoriti penduduknya hanya berjalan kaki untuk ke
sesuatu tempat. Walaupun jauh..tapi mereka suka berjalan kaki. Even jika kita
berjalan kaki dengan orang Jepun semput kita nak kejar!!! Hahahha..
Menurut doktor Pakar Sakit Puan Hospital Pantai Ampang, Kuala
Lumpur, Dr. Suhaimi Isa, terdapat tiga gejala kesihatan yang dialami oleh
wanita berusia 40 tahun ke atas. Mereka akan mengalami penuaan, perubatan
seperti diabetes, darah tinggi serta kanser dan
risiko kanser termasuk kanser payu dara dan rahim. Menyentuh masalah menopaus, ia biasa melanda wanita peringkat umur 50-an. Tambah beliau,
jika mereka hidup sehingga 80 tahun, golongan ini ada 25 tahun untuk menempuh
hidup ini. Bagi menempuh tempoh masa ini, pelbagai persediaan perlu dilakukan.
Selain itu, golongan ini turut berisiko tinggi mengalami osteoporosis. Ketika usia semakin meningkat, tulang-tulang sendi akan mula
rasa sakit khususnya tulang belakang. Dalam membuat persediaan mengawal
penyakit, setiap wanita perlu mengawal cara hidup mereka dengan bijak. Selain
menjaga kesihatan dengan pengambilan vitamin serta suplemen, golongan ini perlu
mengambil diet yang elok. Misalnya, bagi wanita yang mengalami menopaus, metabolisma badan akan menjadi rendah. Justeru itu, mereka
disaran kurangkan makan, pilih makanan berkualiti, protein tinggi, lebihkan sayur-sayuran
dan buah-buahan. Selain itu, mereka perlu mengawal pengambilan glukosa dan
karbohidrat.
Risiko terhadap osteoporosis boleh dikurangkan dengan
pengambilan makanan yang seimbang. Pastikan anda mengambil cukup kalsium, magnesium dan vitamin D untuk kesihatan tulang.
Berat badan bertambah apabila anda makan banyak, lebih daripada
apa yang boleh dibakar oleh badan anda. Kalori yang lebih ini akan disimpan
sebagai lemak.
Berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti dikaitkan dengan :
Berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti dikaitkan dengan :
- Masalah jantung seperti penyakit darah tinggi/hipertensi dan
paras kolesterol yang tinggi.
- Penyakit Kencing Manis/ Diabetes.
- Kesan psikologikal seperti kemurungan dan kurang keyakinan
diri.
- Masalah pernafasan seperti asma serta masalah tidur.
- Komplikasi sendi dan tulang seperti osteoarthritis dan
kesakitan tulang pinggul.
- Bertambah gemuk apabila umur meningkat.
Jadi, pengambilan supplement amatlah digalakkan untuk memelihara
kesihatan kita supaya berada di tahap optimum.
No comments:
Post a Comment