Thursday 27 February 2014

SET UNTUK ANGIN AHMAR

Apakah Angin Ahmar?

Angin ahmar atau strok ialah masalah kesihatan yang disebabkan oleh penyumbatan salur darah dan terganggunya bekalan darah ke bahagian otak. Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima oksigen yang mencukupi dan oleh itu, sel-sel otak akan rosak atau mati. Ini boleh menyebabkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak itu tidak berfungsi. Angin ahmar ialah kecederaan saraf yang serius dan gejalanya ialah kehilangan fungsi saraf secara tiba-tiba.
Gangguan peredaran darah biasanya terjadi pada sisi arteri peredaran itu, walaupun gangguan ini juga boleh terjadi pada sisi vena. Angin ahmar telah dikategorikan sebagai kecemasan perubatan yang boleh menyebabkan kerosakan saraf yang kekal serta juga kematian jika tidak dikesan dan dirawat dengan cepat.

Penyakit ini ialah penyakit ketiga yang menyebabkan paling banyak kematian dan kehilangan upaya di kalangan dewasa Amerika Syarikat dan negara-negara perindustrian di Eropah. Pada puratanya, satu kejadian angin ahmar terjadi pada setiap 45 saat, dan seorang mati setiap 3 minit, akibat angin ahmar. Bagi setiap lima kematian tersebut, 2 kematian adalah orang lelaki dan 3 kematian ialah orang wanita.

Punca angin ahmar termasuk kelanjutan umur, darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi, dan merokok. Merokok merupakan punca boleh ubah suai yang paling penting. Istilah “serangan otak” kini semakin digunakan di Amerika Syarikat untuk angin ahmar, disebabkan penyakit ini adalah padanan untuk “serangan jantung” yang merupakan masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian jantung diganggu.

 

Kenali Tanda-Tanda Angin Ahmar

Sekiranya anda mempunyai simptom-simptom seperti berikut, berkemungkinan anda terkena serangan angin ahmar (stroke)
·         Kebas anggota badan secara tiba-tiba
·         Sakit kepala yang melampau
·         Perasaan celaru dan keliru
·         Kesukaran bertutur / Memahami pertuturan
·         Kepeningan dan hilang imbangan
·         Kabur penglihatan secara tiba-tiba

 

Ujian Mudah Mengesan Gejala Strok

S (Smile) – Meminta subjek senyum
T (Talk) – Meminta subjek berbincang mengenai kalimah mudah
R (Raise) – Meminta subjek mengangkat kedua-dua tangan
Kesukaran subjek untuk melakukan salah satu dari tugas tersebut, berkemungkinan subjek berpotensi mengalami gejala angin ahmar.. Bawa subjek segera ke hospital.

Supplemen Shaklee Untuk Pesakit Angin Ahmar

1. Omega Guard

Stroke kecil’ merupakan salah satu peringatan maut. Walaupun ia bersifat sementara, namun ia juga ibarat bom jangka dalam otak kita yang boleh meletup pada bila-bila masa saja. Istilah perubatan bagi “mini-stroke” atau “pre-stroke” ini ialah Transient Ischaemic Attack (TIA).

Antara tanda-tanda (simpton) TIA adalah seperti :
·         masalah percakapan secara tiba-tiba seperti sukar nak memulakan percakapan, susah hendak menyusun ayat atau percakapan kurang jelas.
·         lemah anggota atau tidak boleh menggerakkan anggota badan.
·         masalah penglihatan secara tiba-tiba
·         tidak dapat mengimbangi badan seperti tiba-tiba terjatuh ketika sedang berjalan.
·         sakit kepala yang kuat secara tiba-tiba malah ada yang menyangkakan mereka diserang migrain.

Kebiasaannya simptom-simptom ini berlaku ini tidak lama. Adakalanya hanya berlaku beberapa minit sahaja atau beberapa jam sahaja dan kemudian pesakit akan sembuh semula. Namun anda harus berwaspada kerana ini adalah petanda anda mungkin diserang TIA. Jika anda tidak mendapatkan pemeriksaan sewajarnya untuk mencari punca simpton tersebut ataupun tidak mengamalkan ubat-ubatan yang diberikan, berhati-hatilah! Stroke yang sebenar mungkin akan menyerang. Apabila stroke sebenar menyerang, ia akan merosakkan otak dan kecacatan itu akan menjadi kekal.
Antara produk Shaklee yang dicadangkan untuk mencegah stroke ialah Omega Guard.Kenapa Omega Guard
Omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard merupakan nutrien utama untuk mencegah masalah pembuluh darah, mengurangkan kolestrol dan dan mencegah kolestrol daripada mengeras di bahagian organ dan pembuluh darah.Kandungan EPA dan DHA dalam Omega Guard juga penting untuk mencegah penyakit jantung koronori.
Berikut merupakan testimoni pesakit stroke yang mengamalkan Shaklee Omega Guard:
“Last Friday saya poskan trial 30′s Omega kat customer nie, sbb ayah dia kena strok. Badan sebelah tak boleh gerak. Disebabkan beli yg trial, mak dia nak jimat, beri Omega sebiji sehari jer pd ayahnya.
Pagi tadi cust nie call lg, nak beli sebotol terus. Alhamdulillah, rupanya tangan ayah dia dah boleh gerak sket, dan dah ada improvement berbanding last week. Sbb terharu dgr mak dia bagi jimat2 (sebiji sehari), tue yg dia belikan sebotol, so that ayah dia boleh consume 3 kapsul omega sehari.”


2. Vivix

Bagi pesakit yang tidak boleh menelan kapsul dan mempunyai bajet yang lebih, saya amat cadangkan anda mengambil Vivix. Vivix merupakan sirap tonik Shaklee dan merupakan minuman botanikal 1001 rahsia.


4 mekanisma utama Vivix ialah:

·         Melindungi dan membaiki kerosakan DNA
·         Memberi impak positif kepada pengawalan genetik
·         Menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria
·         Melambatkan pembentukan protin AGE (Advanced Glycation End products)

Testimoni daripada Puan Ummu Ainan mengenai ibunya yang mengalami stroke dan memberikan Vivix kepada ibunya:
“Assalamualaikum selamat petang..
Hari ni sangat happy sebab dapat tahu promo bulan September jatuh kepada VIVIX.. OOoooo Yeeeaaah.. Suka sebab dah start bagi kat mak.. Mak stroke pada 30 November 2011 dan 2/3 daripada otak kiri dah mati…Tubuh bahagian kanan yang tak boleh bergerak. Bahagian Vibral pula kena kat speech expression.. Mak boleh faham apa yang kita cakap dan boleh proses tapi bila nak keluarkan perkataan dan nak bagitahu tak dapat..
Mula2 kena memang tragis, tak boleh bangun.. Nak express ‘feeling’ pun tak dapat apatah lagi benda2 lain.. Makan tak boleh.. Berhari2 juga puasa sebab doktor monitor otak takut makin membengkak @edema jadi kena operatelah buka tempurung.. Tapi bila nampak otak ok dan pengembangan tak ketara jadi tak operate jadi boleh start bagi bagi minuman ikut tube.. Huhu sakit tu.. Nak menelan pun tak dapat.. Kesian.. Selama 8 hari mak dirawat di HUSM tapi tiada apa2 tindakan dan biar macam tu je.. Lepas tu nampak batuk2 dan berkahak.. Adik-beradik fight jugalah minta mak dipindahkan ke Hospital Perdana.. Daripada tak buat apa2 sebab nampak mak makin lemah..
Bila dipindahkan je, belum warded lagi baru kat lobi Hospital Perdana, pihak Hospital buat ECG dan dekat situ dapat tahu mak ada masalah jantung iaitu injap jantung sempit dan kemungkinan disebabkan jangkitan kuman semasa kecil terus masukkan mak ke CCU. Mak seorang yang mementingkan kesihatan, memang selalu jogging dan bersenam.. Medical checkup pun selalu buat.. Seminggu sebelum kejadian mak telefon bagitahu semua cantik.. Tekanan darah ok, diabetes takde, kolesterol tinggi sikit 6.7 tapi belum sampai kena makan ubat kolesterol lagi dan boleh dikategorikan masih normal untuk individu yang sihat tanpa sebarang masalah..
Pakar Neurologist Dr Munawwir yang rawat mak pun kagum sebab kebiasaannya orang yang hadapi masalah injap jantung dah menunjukkan tanda pada setiap kehamilan dan pada usia 40-an.. Tapi mak hanya dapat tahu bila usia 55 tahun. Doktor jangka 6 bulan mak dah boleh jalan dan setahun dah dapat jogging.
Ubat yang mak makan sekarang
1) Nootropil
2) Amiodarone
3) Simvastatin
4) Warfarin
Di sebabkan dah lebih 6 bulan tapi masih belum recover, saya cuba bagi mak Vivix.. Sebelum ni tak bagi sebab saya takut mempengaruhi kadar kecairan darah mak sebab ambil Warfarin kan.. Lepas ‘study’ punya ‘study’ dan yakin, saya tekad belikan mak Vivix beberapa hari lepas bila saya bawa mak balik KL ni.. Dalam waktu terdekat ni akan buat test kecairan darah juga..
Alhamdulillah dalam tempoh 2 3 hari bagi mak Vivix ada peningkatan. Tangan mak yang dah mengerekot keras dah mula lembut dan ringan semula.. Dan semalam abang dah ‘train’ mak berjalan guna tongkat satu berkaki empat.. Memang dah boleh.. Syukurkan..
Usaha yang terbaik selebihnya Allah yang tentukan.. Vivix bukan sahaja untuk stroke tetapi untuk semua.. Vivix ni tonik antioksidan yang bertindak sehingga ke selular. Itu yang best.. Kalau anda sayangkan ibu bapa, diri sendiri dan keluarga, minumlah Vivix.. Ia membantu menghalang stress oksidatif”

Doa mohon perlindungan angin ahmar

 

Kredit : Kedai Vitamin Fatimah


Berminat?
Jom cuba Shaklee!
Pm/sms/call
017-550 5427
Seri Ina


SET KENCING MANIS

Apakah Diabetes?

 Ia merupakan keadaan di mana paras gula dalam darah melebihi paras normal (selalunya di kaitkan sebagai metabolic disease)

 Ia terbahagi kepada dua jenis:
1. Pankreas tidak dapat menghasilkan insulin
- diabetes jenis 1
- Ia memerlukan suntikan insulin
- Ia merupakan penyakit yang diwarisi (Sebab itu, diabetes jenis 1 ini turut terjadi di kalangan kanak-kanak)

2. Sel tidak dapat menggunakan insulin yang telah dihasilkan oleh badan untuk mencernakan gula (samada sebab jumlah insulin yang dihasilkan tidak cukup, atau sel badan / receptor tidak mampu menggunakan insulin yang telah dihasilkan)
- Diabetes jenis 2
- Selalunya disebabkan oleh gaya hidup (juga diwarisi)
- Kawal dengan mengubah diet harian / ubat
- Tidak semestinya memerlukan suntikan ( kadang-kadang suntikan insulin pun penting)

Simptom Diabetes
- Kerap buang air kecil
- Kerap lapar
- Kerap haus

Komplikasi Jangka Panjang (jika tak dirawat)
- Sakit jantung
- renal failure
- diabetic retinopathy
- diabetic ketoacidosis

Fungsi Insulin
- Hormon yang mengawal jumlah gula yang diserap dalam darah
- dihasilkan oleh beta-cell jika paras gula dalam darah bertambah

Supplement Untuk Diabetes
1. GLA / ALA – antioksidan, membantu mengurangkan sakit untuk pengidap diabetic neuropathy dan membantu mengurangkan insulin resistance
2. Chromium – Membantu meningkatkan glucose tolerance
3. Coenzyme Q10 – Membantu metabolisma karbohidrat
4. Magnesium – Kekurangan magnesiumm dikaitkan dengan gangguan penghasilan insulin, seterusnya meningkatkan insulin resistance
5. Biotin – Meningkatkan aktiviti enzim glucokinase (untuk pencernaan glucose)
6. Vit B6 – Membantu meningkatkan glucose tolerance
7. Vit B12 – Membantu cell untuk berfungsi secara optima (terutamanya nerve cell)
8. Vivix (mengandungi resveratrol terbaik)

Apa Kaitan Diabetes Dengan Resveratrol
- resveratrol membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol dan darah tinggi, serta membantu untuk improve human body response to insulin
- Kebanyakan kajian yang dijalankan adalah keatas diabetes jenis 2 (tak jumpa untuk diabetes jenis 1)
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Berminat?
Jom cuba Shaklee!
Pm/sms/call
017-550 5427

Seri Ina

SET PENURUNAN DARAH TINGGI

TEKANAN DARAH TINGGI (HYPERTENSION)


Assalamualaikum....

Sejak akhir-akhir ni saya dapati semakin ramai golongan muda (sekitar lewat 20-an & awal 30-an) telah mempunyai masalah tekanan darah tinggi! Inilah sesuatu yg
SANGAT SAYA TAKUTI sebenarnya di usia seawal 30-an ni...

Penyakit Darah Tinggi atau “Hypertension” merupakan satu daripada penyakit yang banyak dihadapi oleh bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi juga oleh ramai manusia di seluruh dunia. Penyakit darah tinggi ini berlaku apabila tekanan di dalam saluran darah arteri sentiasa pada kadar yang tinggi daripada kadar biasa. Akibatnya, jantung pesakit itu terpaksa bekerja keras lebih daripada biasa dan jika keadaan ini berlarutan untuk jangka masa yang panjang, pesakit itu akan mengalami masalah-masalah kesihatan yang serius.


Terdapat dua jenis bacaan tekanan darah iaitu systolik dan diastolik. Kadar biasa untuk systolik (tekanan atas) adalah di antara 100 mmHg hingga 140 mmHg. Manakala, kadar biasa untuk diastolik (tekanan bawah) pula adalah di antara 60 mmHg hingga 90 mmHg. Jikalau kadar kedua-dua bacaan tersebut sentiasa di luar kadar biasa untuk tempoh masa yang panjang, walaupun selepas berehat, maka seseorang itu di sahkan menghidapi masalah penyakit darah tinggi.

Penyakit darah tinggi terbahagi kepada dua iaitu darah tinggi primer dan darah tinggi sekunder. Penyakit darah tinggi primer merujuk kepada darah tinggi yang tidak mempunyai punca-punca yang jelas dan darah tinggi primer dihidapi oleh hampir 95% pesakit-pesakit darah tinggi di seluruh dunia. Manakala, penyakit darah tinggi sekunder pula selalunya disebabkan oleh penyakit-penyakit lain yang menjejaskan organ seperti buah pinggang, saluran darah atau jantung.

Mana-mana pesakit darah tinggi yang tidak mengawal penyakit ini dengan baik, pesakit tersebut mempunyai risiko yang tinggi untuk diserang angin ahmar (stroke), masalah saluran darah (aneurysm), serangan jantung (coronary heart attack) dan turut boleh menyebabkan penyakit buah pinggang yang kronik.

Statistik kes-kes penyakit darah tinggi di Malaysia
Menurut kajian oleh Persatuan Hipertensi Malaysia, didapati bahawa hampir 4.8 juta rakyat Malaysia menghidap penyakit darah tinggi dan sekurang-kurangnya 42% orang dewasa Malaysia yang berusia lebih dari 30 tahun menghidap penyakit darah tinggi. Apa yang lebih mengecewakan, tidak sampai 10% daripda jumlah pesakit darah tinggi di Malaysia yang dapat mengawal tekanan darah mereka untuk berada di dalam kadar yang dianggap sihat.

Punca-punca penyakit darah tinggi
Walaupun penyebab sebenar penyakit darah tinggi masih belum dapat dikenalpasti, terdapat beberapa factor yang telah dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Faktor-faktor ini didapati telah meninggikan risiko untuk mendapat penyakit darah tinggi. Di antara punca-punca utama yang dikenalpasti adalah faktor keturunan, usia yang meningkat tua, pemakanan yang tidak seimbang, kurang bersenam, berat badan yang berlebihan, pengambilan garam dan lemak atau minyak yang berlebihan di dalam diet, stres yang tinggi dan penyakit-penyakit lain seperti hipertiroid, Sindrom Cushing, masalah buah pinggang dan sebagainya.



Selain dari itu, sikap suka makan berlebihan walaupun sudah kekenyangan turut boleh menyumbang kepada masalah penyakit darah tinggi. Malah, di dalam Islam kita dilarang daripada makan dengan cara berlebih-lebihan.

Firman Allah swt di dalam surah Al-A'raaf ayat 31:
“Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat beribadat (atau mengerjakan solat) dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau-lampau; sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melampaui batas.”

Tanda-tanda awal darah tinggi
Penyakit darah tinggi selalunya tidak mempunyai sebarang tanda-tanda awal. Malah, seseorang itu kebiasaannya didapati menghidapi penyakit darah tinggi selepas menjalani pemeriksaan kesihatan untuk sakit-sakit lain. Namun, terdapat pesakit darah tinggi yang mengadu mengalami pening-pening kepala, vertigo, telinga berdengung atau berdesing, selalu pitam dan sebagainya.

Pencegahan penyakit darah tinggi
Pengurusan penyakit darah tinggi oleh perubatan moden adalah lebih kepada kawalan kadar tekanan darah tersebut dengan menggunakan ubat-ubatan hospital yang sedia ada dan perubahan cara hidup. Namun bukan untuk diubati sepenuhnya. Namun, kami di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah yakin bahawa penyakit darah tinggi ini boleh diubati dengan keizinan Allah swt.

Selain daripada mengamalkan ayat-ayat Al-Quran yang tertentu, pesakit darah tinggi boleh melakukan beberapa langkah yang dapat merawat dan mencegah penyakit darah tinggi. Antara langkah-langkah tersebut adalah seperti dengan pengurangan berat badan, bersenam dengan kerap, mengawasi pengambilan garam dan kolesterol dalam diet, tidak merokok dan mengurangkan stres seharian.

Rawatan moden penyakit darah tinggi
Matlamat utama dalam rawatan penyakit darah tinggi adalah untuk mengawal kadar tekanan darah supaya tekanan darah tersebut senantiasa berada pada tahap normal atau biasa. Kebiasaannya, langkah pertama rawatan yang disyorkan oleh doktor adalah perubahan dalam cara hidup yang lebih aktif dan pengambilan makanan yang sihat dan seimbang. Malah penurunan berat badan dan berhenti merokok turut didapati sangat membantu untuk mengawal kadar tekanan darah tinggi buat ramai pesakit. Jikalau penyakit darah tinggi tidak dapat dikawal dengan langkah-langkah awal tersebut, pesakit turut diberi beberapa jenis ubat hospital yang berkesan untuk ramai pesakit dalam mengawal kadar tekanan darah.


Namun, pengambilan ubat yang mengandunbgi dadah secara berpanjangan akan mendatangkan kesan buruk ke dalam darah & sistem badan itu sendiri. Lantas, ia boleh menyebabkan pesakit mengalami kesan kesihatan yang teruk untuk jangka masa panjang.

Adakah Set Vitamin semulajadi Shaklee (tanpa dadah) yang boleh membantu pesakit darah tinggi?

Tentu ADA! Atas kesedaran tentang keburukan penggunaan dadah untuk jangka masa panjang, Shaklee menawarkan kaedah untuk mengurangkan kesan dan boleh mencegah seseorang daripada mempunyai masalah tekanan darah tinggi.

Set ini Mengandungi:

> Omega Guard - minyak ikan yang mengandungi asid lemak 3 yang dipercayai mampu mengurangkan tekanan darah, membantu melancarkan peredaran darah, mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata.

> Alfalfa Complex - untuk membuang toksin dalam badan serta merendahkan tekanan darah

> Lecithin - membakar lemak dalam badan serta membakar lemak di sekeliling pembuluh darah agar darah beredar dengan lebih lancar & seterusnya menurunkan kadar tekanannya.

Berminat?
Jom cuba Shaklee!
Pm/sms/call
017-550 5427

Seri Ina

Sunday 16 February 2014

TIPS MUDAH BERSALIN



Assalamualaikum..
Hari ini saya nak kongsi beberapa tips mudah bersalin.

Tip untuk mudahkan bersalin:
1.           Ketenangan fikran dan kemantapan mental dan emosi sangat penting.
2.           Kuatkan iman dan sentiasa bertawakkal kepada Allah SWT setelah kita berusaha.
3.           Sokongan moral dan emosi dari suami dan ibu sangat penting.
4.           Banyak baca Al-quran dan bibir sentiasa berzikir menyebut dan memuji Allah.
5.           Bulan terakhir kandungan - buat exercise, jalan selam 30 minit lepas makan malam, sambil buat breathing exercise. Pelajari teknik breathing exercise. Penting untuk tahan sakit dan meneran bila kepala bayi keluar.
6.           Makan banyak buah2 dan sayur2, buah papaya, jambu, tembikai , apple, oren, nenas pun boleh.
7.           Hubungan suami isteri pun boleh di teruskan kerana ia membantu buka pintu rahim.
8.           Air selusuh - dari bacaan quran, surah yaasin, ayat kursi dll
9.           Air suam yang direndam 'akar fatimah' ini biasa dibeli di Mekah atau Madinah, juga mula diminum di bulan terakhir.
10.       Waspada produk2 yang dikatakan mudahkan bersalin, kerana mereka yang makan sering dilanda tumpah darah yang banyak ketika bersalin.
BUNGA SITI FATIMAH


Penawar sakit bersalin


Alhamdulillah sebahagian besar dari wanita muslim daya ketahanan sakit adalah tinggi. Ini bermakna mereka kurang memerlukan bantuan ubat penawar sakit. Ini disebabkan mereka kuat iman dan banyak bertawakkal kepada AllahSWT. Bacaan 'subhanallah' memang ada kesan untuk mengurangkan sakit atau meringkan bebanan..
 Baca Al-Fatihah, ayat kursi, 3 qul, berulang2 kali atau baca mana2 surah al-quran - surah mariam misalnya. Terus menerus berzikir. Juga boleh diamalkan doa ini:

Sepanjang kehamilan bolehlah ibu-ibu mengamalkan tips mudah bersalin sejak dari awal kandungan lagi serta perbanyakkan membaca Al-Quran. Antara surah-surah yang sangat bagus diamalkan ketika hamil adalah:
·                     Surah Lukman
·                     Surah Yusof
·                     Surah Maryam
·                     Surah Yasin

SELAMAT MENCUBA.. INSYA ALLAH

Ingin dapatkan set kehamilan Shaklee
Jom cuba Shaklee!
Pm/sms/call
017-550 5427
Seri Ina


HALALKAH SHAKLEE?


Sejak baru-baru ini heboh cerita pasal adakah shaklee merupakan supplement yang halal di ambil oleh orang-orang Islam? Halalkah Shaklee??? Yang boleh dijadikan cerita apabila salah seorang pengguna shaklee yang terkeliru antara istilah BOVINE dan PORCINE @ pork.

Ada yang mempertikai kenapa di botol shaklee tiada tanda logo halal JAKIM.. Ok untuk pengetahuan pengguna shaklee semua, Shaklee merupakan produk import dari US jadi memang tiada logo halal JAKIM kerana shaklee bukan produk Malaysia. Tetapi sijil halal shaklee adalah dari ISLAMIC SERVICE OF AMERICA (ISA). ISA merupakan badan yang di ikhtiraf oleh JAKIM.

Sekiranya nak semak status halal produk shaklee boleh layari laman web 
ISA..

Ini merupakan sijil Feb 2013, insya Allah yang tahun ini punya pun akan dikleuarkan pada bulan Feb juga.. Halalkah Shaklee?? Anda boleh tengok sendiri sijil Halal Shaklee ini.

Sijil HALAL Shaklee

Ingin dapatkan produk shaklee yang halal
Jom cuba Shaklee!
Pm/sms/call
017-550 5427

Seri Ina

BEZA UBAT DAN SUPPLEMENT



 Ubat

1. Ubat sama sekali ganjil dengan tubuh badan. Mereka tidak menjadi sebahagian daripada tisu-tisu kita, tidak juga menyumbang bahan-bahan berkhasiat.

2. Ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi –fungsi secara menggangu tindakan biokimia dan proses enzim.

3. Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakkan boleh kekal dalam badan. Malahan aspirin boleh kekal menyebabkan ganguan dalam perut, pendarahan dalam perut, loya, ganguan penglihatan, ganguan mental, bintik-bintik merah, telinga berdengung, ganguan penghadaman, dan akhirnya kematian.

4. Ubat bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh mengangu satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan-kesan sampingan.

5. Ubat baik dimakan biasanya dipertengahan waktu makan untuk mengelakkan hal yang saling mempengaruhi atau pencairan oleh kesan daripada makanan.

6. Ubat berkemungkinan membawa maut. Salah guna atau berlebihan boleh membunuh.

7. Ubat menghasilkan kesan kepada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorang itu. Seseorang boleh merasai kesan pengambilannya.

3. Ubat bertindak cepat dan menakjubkan, sering mengasar.seseorang boleh menerima kesanya dalam jangka masa yang pendek beberapa minit atau jam.

8. Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi bukanya merawat punca sakit. Ianya hanya menutup kesakitan, disebaliknya ia tidak memulihkan. Tidak ada keadaan badan yang disebabkan oleh kekurangan apa-apa ubat. Contohnya sakit kepala, bukan disebabkan kekurangan aspirin pada sesuatu system.

9. Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan yang rendah kerana mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika di bandingkan dengan orang muda.

Supplement ( Vitamin )

1. Bahan berkhasiat kesemuanya adalah semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ.

2. Bahan-bahan berkhasiat bertindak dengan membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.

3. Bahan berkhasiat tidak menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya berlebihan hanya tergangu sementara. Oleh itu badan akan membina system enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ianya bersedia menghadapi kelebihan.

4. Bahan berkhasiat bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.

5. Bahan berkhasiat baik diambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penghadaman lain-lain factor makanan.

6. Bahan berkhasiat adalah selamat. Tiada satu pun kenyataan yang tercatit mengenai merbahayanya dengan pengambilan vitamin, zat galian dan asid amino.

7. Bahan berkhasiat tidak menghasilkan tindak balas kepada seseorang. Ianya hanya member kesan sekiranya bahan-bahan berkhasiat ternyata kekurangan dalam tubuh badan.

8. Bahan-bahan berkhasiat bertindak secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang. Ia kebiasannya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan kejayaan.

9. Bahan berkhasiat bertindak merawat terhadap PUNCA penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangannya. Jika sesuatu keadaan yang sedia ada itu berpunca dari kekurangan sesuatu bahan berkhasiat yang tertentu oleh itu menambahkannya ketika mengambil makanan dapat mengatasi masalah serta kerosakan yang telah terjadi dan tidak berulang lagi.

10. Orang tua memerlukan lebih banyak bilangan khasiat, oleh kerana faktor-faktor kekurangan yang berlarutan begitu lama serta penghadaman yang lemah.

RINGKASANNYA...

Ubat di ambil ketika kita sakit sahaja...

Supplement boleh diambil bila-bila masa... dan yang paling penting minum air banyak semasa mengambil supplement...

Ubat mengandungi dadah yg membolehkan ia bertindak dengan cepat....

Supplement tidak menggunakan dadah tetapi mengandungi banyak vitamin-vitamin yang sihat yg digunakan untuk melawan segala penyakit....

MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATINYA......