Sunday 16 February 2014

JANGKITAN KULAT DI KEMALUAN?



TIPS MERAWAT JANGKITAN KULAT DI KEMALUAN

Memang tidak di nafikan kadang-kadang ada ramai yang malas menjaga kebersihan kemaluan masing-masing. Pada hal tempat itu lah yang perlu sangat-sangat dijaga kebersihan. kerana dari situlah segala kotoran dari badan akan keluar.. Jika tidak di jaga macam-macam penyakit dan jangkitan kuman akan datang..

Jangkitan kulat pada saluran kemaluan sering menimbulkan berbagai masalah saperti lelehan yang sangat gatal dan berbau khususnya bila buat hubungan jantina, sukar hamil dan mudah gugur. 


                                                        





Cuba rawatan seperti berikut:

1. Ubat2 antifungal saperti nystatin, nizoral dan lain2. Makan ubat untuk selama 5-7 hari mengikut arah doktor.

2. Ubat pessary (saperti peluru) yang dimasukkan kedalam faraj. Berbagai jenama terdapat dalam pasaran. Saya gunakan albothyl atau canesten. Biasanya masukkan pessary kedalam faraj selama 5 hari berturut2.

3. Amalkan vaginal douching . Guna satu cawan air suam campur satu sudu garam atau guna satu sudu apple vineger campur satu cawan air suam. Staff klinik boleh ajar cara douching. Beli alat 'sitz bath' untuk mudahkan rendam dan basuh kemaluan yg dijangkiti kuman dengan menggunakan air garam. Jauhkan kegunaan feminine antiseptik.

4. Makan 'probiotics' (bukan antibiotics) untuk membiakan bakteria2 kawan yg baik dalam bentuk pil supplement. Terdapat beberapa makanan yang jadi sumber probiotics saperti cheese, yogurt, miso, tempe dark chocolate dan buah olive. Lactobacillus membiak dalam usus dan berguna meningkatkan immunity.

6. Makan kebih sikit bawang putih/garlic kerana ia punya daya antifungal dan antibakteria.




7. Minum satu sudu minyak kelapa dara (VCO) waktu sarapan dan makan malam. Ia juga mengandungi bahan2 antifungal dan antibakteria.

8. Minum cranberry juice yg diiktiraf untuk rawatan jangkitan kuman di saluran kencing. Air limau nipis juga baik untuk tujuan ini.

9. Multivitamin2 supplement khususnya vit E dan C.

10. Gunakan seluar dalam yang longgar dan bersih.


  Berkongsi tips  dari blog Dr Hamid Arshat (pakar sakit puan)

No comments:

Post a Comment